Pada 23 Januari 2022 lalu, Universiti Malaysia Terengganu telah mengadakan Majlis Santai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), YBhg. Prof. Dr. Mazlan Bin Abd. Ghaffar bersama pengamal media Negeri Terengganu. Majlis santai minum petang di jambatan angkat atau drawbridge itu berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 70 wartawan, jurugambar, jurukamera di samping kru pelbagai agensi media di negeri ini.
Turut hadir bersama dalam majlis santai tersebut adalah Presiden Kelab Wartawan Media Terengganu (KAWAT), Encik Khairul Azlam Mohamad. Dalam majlis itu, pihak UMT turut menyampaikan sijil penghargaan petugas barisan hadapan kepada agensi media antaranya Berita Harian, Harian Metro, TV3, Kosmo, UPDI, Harakah, TV Al-Hijrah dan Kita Reporters. Manakala, agensi media lain seperti Bernama, RTM, Utusan Malaysia, Sinar Harian dan Astro Awani telah menerimanya lebih awal iaitu pada 22 Disember 2021 dalam acara yang dianjurkan oleh UMT.
Objektif majlis tersebut diadakan adalah sebagai sesi beramah mesra dan berterima kasih daripada pihak UMT kepada media atas usaha para media sepanjang tahun 2021. Selain majlis minum petang, terdapat juga pameran produk syarikat pemula yang dianjurkan oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan, UMT. Pameran produk tersebut telah disertai oleh empat (4) buah syarikat start-up yang bertujuan untuk memperkenalkan hasil produk pengkomersialan mereka iaitu Madu Kelulut dari Bee Lab Sdn Bhd, Prubacs dari BioNexG Sdn Bhd, KustemVax dari Sinavax Sdn Bhd dan Bee Ready dari Bayu Gagah Marketing (M) Sdn. Bhd.
UMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengamal media atas penghargaan berterusan, mudah-mudahan ukhwah yang terjalin di antara UMT dan pengamal media berkekalan sampai bila-bila.
Para tetamu mendengar ucapan dari Naib Canselor UMT
Pameran Produk KustemVax dari Sinavax Sdn Bhd
Pameran Produk Bee Ready dari Bayu Gagah Marketing (M) Sdn. Bhd
Pameran Produk Madu Kelulut dari Bee Lab Sdn Bhd