Pada 10 Januari 2022 lalu, Universiti Malaysia Terengganu telah menerima kunjungan hormat dari Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu. Kunjungan hormat tersebut berlansung di Bangunan Canselori, UMT dan disambut sendiri oleh Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Dr. Mazlan Abd. Ghaffar.

 

Turut hadir adalah Ketua Pegawai Eksekutif YPU, Tuan Hj Mohd Iskandar bin Muhammad Aziz, YM T. Ahmad Shabirin bin Awalluddin (Pengurus Kanan Korporat) dan YM Engku Mohd Hairulnizam bin Tuan Ahmad (Pengurus Pembangunan Usahawan, Bahagian Pembangunan Usahawan).

 

Tujuan kunjungan hormat tersebut adalah untuk membincangkan berkaitan penubuhan Terengganu Inovation Centre (TIC). Selain itu, perbincangan juga membabitkan kolaborasi kedua dua institusi pada masa akan datang.

 

UMT mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu di atas kunjungan hormat tersebut dan diharapkan hubungan di antara UMT dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu berkekalan. Kunjungan hormat tersebut diakhiri dengan jamuan makan, sesi fotografi dan penukaran cenderahati.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *