TENTANG KAMI

LATAR BELAKANG ICC

Pada Ogos 2020, bahagian baharu telah ditubuhkan iaitu Bahagian Pengkomersialan di bawah pentadbiran Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) yang diberi tanggungjawab menguruskan aktiviti pengkomersilan penyelidik. Setelah melalui beberapa fasa pengurusan dan penstrukturan penyelidik, PTj baharu telah ditubuhkan pada 2 Januari 2022 (Ahad), iaitu Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) yang ditadbir oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh pegawai (Profesional & Sokongan) seramai 5 orang. Pusat Inovasi dan Komersial telah diberi mandat dan tanggungjawab untuk menguruskan pengurusan inovasi yang memberi tumpuan kepada pengurusan harta intelek dan pengkomersilan hasil penyelidikan universiti.

MISI

Untuk memupuk inovasi termaju dalam mencipta pasaran baharu berdasarkan teknik canggih dan meningkatkan penjanaan hasil untuk universiti melalui kerjasama industri dan penciptaan syarikat baru.

VISI

Untuk menambah baik pemasaran harta intelek UMT secara domestik dan global.