TENTANG

SEJARAH ICC

Pada Ogos 2020, satu bahagian baharu telah ditubuhkan iaitu Bahagian Pengkomersialan di bawah pentadbiran Pusat Penyelidikan dan Inovasi. (PPPI) yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan aktiviti pengkomersialan penyelidik. Setelah melalui beberapa fasa pengurusan dan penstrukturan penyelidik, sebuah PTj baharu telah ditubuhkan pada 2 Januari 2022 (Ahad), iaitu Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) yang ditadbir oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh pegawai (Profesional & Sokongan) seramai 5 orang. Pusat Inovasi dan Pengkomersial telah diberi mandat dan tanggungjawab untuk mengurus pengurusan inovasi yang memberi tumpuan kepada pengurusan harta intelek dan pengkomersialan hasil penyelidikan universiti.

MISI

Untuk memupuk inovasi canggih bagi mewujudkan niche pasaran baharu berdasarkan teknik canggih dan meningkatkan penjanaan pendapatan untuk universiti melalui kerjasama industri dan penciptaan syarikat baharu.

VISI

Untuk meningkatkan pemasaran harta intelek UMT di peringkat tempatan dan global.